"Failure is only the opportunity to begin again, only this time more wisely."-Henry Ford

Assalamualaikum dan Hi..
Syukur kehadrat Ilahi sebab dapat juga saya siapkan blog kita ni.Idea ini timbul kerana saya dapati banyak masalah yang timbul terutamanya utk kita membuat perbincangan dalam kumpulan.Pikir punya pikir saya rasakn kenapa tidak kita manfaatkan kemudahan BLOG ni untuk memudahkan segala kesulitan itu.Antara masalahnya ialah
- susahnya nak buat pengumuman untuk mengadakan perbicangan kumpulan
- pengumuman yang dibuat pun tidak semua tahu(mungkin time kita msg Hp ada masalah)
- perbincangan tidak menyeronokan-terlalu formal,sebab baca teks je.Tapi saya tahu bukan semua orang dapat present dgn baik tanpa baca skrip,saya pun sama juga tak pandai nak buat penerangan..Tapi apa pun kita kena cuba belajar cara nak memberi penerangan dgn baik.
- pergerakan kumpulan berterabur dan tidak sistematik
Memang siapa pun tidak nafikan betapa hebatnya pemahaman melalui perbincangan.Perkara ini menjadi lebih significant lagi bila kita memasuki bidang perubatan ni.Kalau bidang pengajian lain boleh lagi kot nak mengelakkan diri dari perbincangan,tapi medic memang kena berbincang.Pengalaman mengajar saya sebenarnya.Memang benar lain pemahaman yang diperolehi melalui perbincangan kumpulan dengan studi berseorangan.Saya rasa kesilapan atau masalah utama yang saya lakukan sebelum ini ialah
tidak banyak terlibat dengan perbincangan ,tak kiralah perbincangan
dengan seorang member atau dalam
PBL.Saya memang tidak menyertai mana-mana perbincangan sebelum ini . Malah kalau sebut je berbincang saya akan melarikan diri,fobia kot.Alhamdulillah ,syukur Allah telah beri saya kesedaran tentang kesilapan itu.Setakat itulah dahulu,saya sangat berharap kita dapat sama-sama berkongsi atau 'Sharing' apa-apa saja dalam BLOG ni.Tak kisah lah perkongsian ilmiah ataupun non-ilmiah.Salam
Pembuka kata
by mnabap
0 comments:
Post a Comment