Assalammualaikum Dan Selamat pagi,
Baru-baru ini ,ada seorang sahabat kita berbincang tentang kebajikan 'student repeat' dengan DOKTOR NASIR.Saya juga terharu kerana rupa-rupanya ada juga diantara sahabat kita yang tidak repeat begitu mengambil berat prihal sahabatnya yang repeat.Namanya biarlah rahsia(cewah mcm lagu Siti Nurhaliza la plak bunyinye).Inilah sahabat yang bersama kita semasa kita kesulitan.Pendek cerita kita kena berbaik sangka dengan sahabat kita.Sentiasalah menjaga tali persahabatan walaupun kita repeat.
Hasil dari perbincangan tersebut,DR NASIR kata dia bersedia untuk menjaga kebajikan Repeaters student tapi dengan syarat student itu sendiri perlu ada komitment dan kesungguhan untuk setiap aktiviti yang dirancang.
DR NASIR hanya 'Free' pada pukul 7 hingga 8.30 pagi setiap hari bekerja.
Maka setiap perbincangan yang ingin dibuat adalah dalam julat masa ini dan malam hari shj.
Malam katanya perbicangan boleh diadakan/dibuat dirumah DR NASIR sendiri.
Tengoklah betapa bersungguhnya DR ingin menolong kita.Yang tinggalnya sekarang adalah dari pihak student samada SUDAH BERSEDIAKAH KITA UNTUK BERUBAH DAN BETUL2 KOMITED UNTUK MELAKUKANNYA?
Memang tidak boleh dinafikan lagi ianya betul2 memerlukan pergorbanan daripada kita.Maknanya tiap2 hari perbincangan kita perlu start jam 7 pagi , malam ada perbincangan, kena tepati masa, dll pengorbanan lagi yang perlu kita lakukan.Persoalannya sekarang adakah kita sudah betul2 bersedia?
Sesi ini hanya akan dibuat kepada yang betul2 komited shj.Tiada paksaan sebenarnya .Benarlah kata Prof HAMKA yg mana masa depan seseorang sebenarnya bergantung kepada sikapnya pada masa sekarang .
1 comments:
memang anjakan paradigma ni,yang selalu tidur pagi kena berubah x boleh tidur dah pagi mulai sekarang
Post a Comment